Blog resepi masakan oleh Sis Dila

Wrap Daging Burger Yang Simple Tapi Sedap

740

Satu cabaran yang bukan sedikit untuk ibu-ibu, bila anak-anak bersekolah dalam musim PKP 2.0 ni.

Sis Dila faham sangat, sebab Sis Dila pun ada 3 orang anak yang melalui pengalam bersekolah musim PKP ni.

Anak Sis Dila dah besar, mungkin cabaran menguruskan jadual pembelajaran online, cek homework kat google classroom tak berapa mencabar sangat.

Tapi, untuk parent yang anak-anak di tahap 1, sure sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Ye lah, sistem baru, online pula tu, dan kita pun tak pernah pakai semua tu sebelum ni. Dengan 10 matapelajaran ada 10 grup untuk setiap orang anak. Mau tak terduduk ibu-ibu nak handle semua ni.

Tu baru bab pelajaran, belum masuk bab makanan lagi. Huhu. Apa taknya pantang waktu rest saja, mereka akan menerpa menuju dapur, cari apa yang boleh di makan.

Waktu semacam ni, sebolehnya Sis Dila akan buat makanan yang sesimple mungkin, tapi cepat, sihat dan mengenyangkan.

So, setiap hari memang sudah ada menu yang dah Sis Dila plan untuk anak-anak.

Selain dari mee goreng basah yang special tu, wrap pun boleh dimasukkan dalam menu mingguan juga.

Biasa orang buat wrap telur kan, tapi kali ni Sis Dila buat wrap daging burger. Sebab ramai kawan-kawan kat FB cadangkan buat ni, sedap.

Dan jadilah namanya wrap daging burger yang simple tapi sedap. Cara buat pun sangat simple dan cepat.

Wrap Daging Burger Yang Simple Tapi Sedap

Tengok pun dah menyelerakan. Sengaja Sis Dila tonjolkan penampakan daging burger tu. Padahal sekeping daging Sis Dila bahagikan 4.

Ok, jom kita tengok cara pengediaan wrap daging burger simple tapi sedap ni.

Bahan-bahan:
Sepeket Wrap Gardenia.
Daging burger goreng -potong 4

Bahan salad:
Salad
Hirisan tomato
Hirisan timun

Sos:
Cili sos
Mayonis

Sediakan bahan yang diperlukan.

Biasanya Sis Dila akan panaskan wrap dalam 1 minit kat kuali/nonstick pan.

Susun ikut kreativiti masing-masing. Yang penting senang nak lipat nanti.

Sis Dila suka susun sayur dulu bermula dengan salad, timun, tomato, barulah letak daging burger.

Daging burger tu susun bagi menonjol sikit. Ini boleh bangkitkan selera anak-anak. Dan salah satu cara nak mengaburi mata anak-anak dari nampak sayur yang bersusun tu.

Lepas tu picitkan sos cili dan mayonis. Kalau nak letak sos tomato sama pun ok, lagi sedap. Tapi masa ni kami kehabisa sos tomato.

Tara…siap dah wrap daging burger yang simple tapi sedap.

Senang saja nak buat. Masa penyediaan pun tak sampai 10 minit.

Cubalah. Anak-anak pasti suka ini.

Lepas ni Sis Dila nak try tortila ayam panggang pula 😉

Leave A Reply

Your email address will not be published.