Resepi Roti Jala Yang Sedap Kekal Lembut Sampai Ke Petang
Menu roti jala ni dah 2 kali termasuk hari ini Sis Dila buat untuk berbuka puasa. Specialnya hari ni, roti jala ada dua warna. Kuning dan merah ala pink.
Nampak lagi menarik dan buat lagi tak sabar untuk menikmati rasanya masa berbuka puasa nanti.
Sebenarnya menu ni unplanned. Pagi tadi masa berborak dengan sorang sahabat baik Sis Dila menerusi fon, dia bercerita tentang menu buka puasa dia adalah roti jala.
Siap promote kesedapan roti jala dan anak-anak suka sangat. Kali ini dia nak buat lebih katanya. Nak hantar ke jiran-jiran. Ambil berkat 10 Ramadhan terakhir dan hari Jumaat.
Terus Sis Dila plan nak buat roti jala juga.
Kebetulan tak ada ayam, so pukul 10 pagi tadi terus gi kedai runcit depan rumah ni beli ayam dan beberapa bahan lain yang perlu untuk buat roti jala dan kari ayam yang pekat melikat.
Exited pula rasanya nak buat roti jala ni.
Sedang menjala, family Sis Dila buat video call. Dan tanpa di rancang juga adik Sis Dila yang stay sama kat Bangi ni terus nak datang buka puasa kat rumah kami, gara-gara roti jala kuning merah ala-ala pink ni.
Resepi roti jala yag Sis Dila pakai ni memang terbaik. Kalau buat pagi, roti jala lembut sampai ke petang. Rasanya juga lemak-lemak. Makan dua pun still rasa tak cukup. Makan 5 baru rasa puas.
Paling penting, bahan-bahannya sangat senang dan memang biasa ada di dapur kita semua.
Jom Sis Dila share resepi roti jala tersedap abad ini.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air bercampur santan atau susu segar
Sedikit kunyit atau pewarna kuning
Cara-cara:
Mudah sahaja. Blendkan semua bahan di atas sampai sebati.
Jika rasa pekat sangat, boleh tambah air dan blend sekali lagi.
Jadikan adunan sedikit pekat tapi jangan terlalu pekat. Boleh test dengan masukkan sesenduk adunan dalam acuan dan try jala.
Pastikan sapu minyak masak terlebih dahulu pada kuali ye. Boleh juga guna kuali nonstik, kuali leper atau kuali biasa. Semua ok, janji tak melekat.
Sis Dila suka pakai 2 kuali leper macam ni sebab ia sangat mudah dan cepat.
Jika adunan keluar dari acuan smooth sahaja dan tak putus, bermakna adunan itu dah cantik dan dah ready untuk di jala.
Selepas jala adunan atas kuali, biarkan seketika dan bila terpung nampak dah kering dan boleh di angkat, terus angkat. Boleh terus gulung atau letakkan dulu dalam pinggan dan gulung bila semua dah siap di jala.
Bila semua dah masak, gulung dan hidangkan bersama kari ayam atau kuah ayam masak kuzi.
Senang sangat. Boleh buat berbuka puasa nanti, pasti anak-anak dan suami suka makan penuh berselera.