Blog resepi masakan oleh Sis Dila

Resepi Sambal Udang Yang Mudah Dan Sedap

342

Udang adalah seafood kegemaran Oya, anak ke dua Sis Dila. satu-satunya princess dalam keluarga kami.

Kalau pergi berbelanja barang basah, biasanya dia akan pesan supaya beli udang. Kalau ibu masak sambal udang, dia yang paling seronok dan makan penuh berselera.

Ok, sebelum kita mula dengan resepi sambal udang yang mudah dan sedap ni, Sis Dila nak share dulu dengan semua tentang cara pemilihan udang.

Udang kena pilih yang betul-betul ye, pastikan pilih yang segar. Selain dari rasa yang sedap, ia penting untuk elakkan dari keracunan makanan.

Cara Pilih Udang Segar

1-Pastikan tekstur udang masih keras dan tidak berlendir
Udang yang segar, biasanya lebih pejal dan tegap bila di pegang. Udang segar tidak berlendir.

Biasa Sis Dila akan pilih satu persatu untuk pastikan kulit udang masih keras dan tidak lembik.

2- Kepala udang masih melekat dan tidak berwarna merah
Bila pilih udang, pastikan pilih yang masih melekat dengan kepalanya dan jangan pilih yang kepala merah ye.

3- Warna udang jernih.
Udang segar warnanya jernih dan tak ada bintik-bintik hitam. Jika warna udang sudah berubah menjadi kuning atau merah, itu tandanya udang sudah tidak segar.

Bila dah tau cara pilih, lepas ini pastikan pilih yang segar sahaja ye.

Ok, sekarang jom kita tengok resepi sambal udang yang mudah dan sedap ni.

Sambal Udang Yang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan

1/2 kg udang
1 biji bawang holland ( potong membulat)
2-3 keping asam keping saiz kecil ( jika saiz besar masuk 1 sahaja)
2 sudu besar sos cili
1 sudu gula – ikut sesedap rasa
Garam

Bahan Kisar

Bahan Kisar:
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5-6 tangkai cili kering ( ikut tahap kepedasan masing-masing)

Cara-cara

Panaskan minyak dan tuliskan bahan kisar sehingga pecah minyak, kemudian terus masukkan udang yang sudah dibersihkan. Biarkan seketika bagi air udang turun.

Jika pekat sangat, boleh masukkan sedikit air dan kacau rata.

Masukkan pula asam keping, garam, gula, sos cili dan kacau lagi supaya sebati.

Last sekali, masukkan bawang besar holland yang dipotong membulat tadi. Biarkan seketika, supaya bawang besar lembut dan layu.

Sedia untuk dihidangkan. Makan bersama nasi panas, memang berselera.

Kalau suka masak sambal udang yang kering, boleh keringkan sedikit sambalnya ye.

Selain masak sambal, Sis Dila juga masukkan udang dalam kuey teow gorang basah.

Tips Dapur Sis Dila

Bila masak sambal, masukkan sekali gula supaya sambal lebih cantik dan jadi merah berkilat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.