Resepi Ikan Salmon Grill Untuk Menu Diet
Ikan salmon merupakan ikan kegemaran suami dan anak-anak Sis Dila.
Biasa kalau pergi makan di Sushi King, mereka akan ambil makanan yang berasaskan ikan yang memang kaya dengan kandungan nutrisinya ini.
Kebetulan semasa balik ke Rembau bulan lepas, ada offer jualan ikan salmon. Memang rezeki suami dan anak-anak lah.
Memula Sis Dila hanya ambil 4 ketul sahaja, pilih potongan bahagian yang isi sahaja.
Bila timbang, baru RM15.90, terus tambah lagi 4 ketul. Sebab murah sangat. Harga macam ni memang tak pernah dapat di Bangi.
Walau belum ada plan nak masak apa lagi dengan ikan ni, tapi beli dulu. yang penting ada dalam peti ais. Bila nak masak, semua bahan dah ada.
Semasa asyik baca Channel Telegram Puan Dila Mubarak, yang anaknya masak ikan grill, terus teringat ikan salmon dalam peti ais.
Kebetulan husband sedang on diet sekarang, so memang sesuai sangatlah masak salmon grill ni.
Yang penting proses untuk masaknya cepat dan rasanya sedap.
Kandungan
Ikan Salmon Grill Paling Sedap Sesuai Untuk Menu Diet
Bahan-bahan
5 ulas bawang putih- dicindang halus
1 inci halia – dicincang halus
1 biji limau nipis
1 sudu kecil garam
Serbuk lada Sulah
Serbuk Lada hitam
Sayuran:
Brokoli
Carrot
Capsicum
Tomato
Cara-cara:
Bawang putih dan halia dicincang halus. Perah air asam limau pada bahan cincang ini. Masukkan 1 sudu kecil garam.
Lumurkan pada badan ikan salmon yang telah dibasuh bersih. Dan letakkan serbuk lada sulah dan lada hitam sama. Balik-balikkan ikan supaya sebati dengan bahan perapan.
Perapkan dalam 20-30 minit. Kemudian grillkan dalam kuali yang tak melekat. Sis Dila letak 1 sudu besar minyak zaitun.
Semasa perapan, boleh lah mula sediakan sayuran simple tapi sihat untuk dimakan dengan salmon gril ini.
Sis Dila just grill semua sayuran kecuali tomato, pakai 1 sudu minyak zaitun sahaja.
Grill sampai layu dan just letakkan sedikit garam. Jika nak tambah serbuk perasa pun boleh.
Menu ni, suami dan anak-anak makan bersama Sos Nandos yang memang selalu ada dalam peti ais.
Sangat sedap, rasa ikan sebati dengan bawang putih dan halia dan ada rasa masam-masa sikit.
Tips Dapur Sis Dila
Susun makanan di pinggan ala-ala macam makan di restoran mahal memang menyelerakan. Bahagia cara kita.