Kuih Cara manis – Lembut Sampai Ke Malam
Ini dia resepi kuih cara manis yang sedap dan lembut dari pagi sampai ke malam.
Dah lama tak tak buat kuih cara ni, last buat rasanya dalam 10 tahun lepas. Lama sangat.
Asyik beli je selama ni, sampaikan dah lupa ada acuan kuih cara dalam timbunan periuk tu..huhu.
Nak jadi cerita, Sis Dila ada janji nak ke open house kawan, tapi tak dapat pergi sebab kurang sihat.
Sebagai ganti dan proses pujuk memujuk, dengan yakinnya SD jemput dia dan family datang breakfast kat rumah.
Then SD siap offer, ‘ko nak makan… cakap je meh aku masak..” Haaa betapa konfidennya..
Memula dia cakap nasi kerabu, tapi SD pun baru pernah buat sekali je nasi wednesday tu… hahhaa.. so dia kensel. Dia nak makanan yang SD masak yang confirm sedap katanya.
Then setelah menjalani proses perbincangan yang penuh dnegan gelak tawa – last sekali dia rekuest mee sup bersama kuih cara. Mee ni, SD pakai mee special, mee Labu.
Terus teringat segala acuan yang ada dan flashback balik segala skill buat kuih mak-mak ni. Harap menjadilah!
Sebenarnya nak buat kuih cara ni senang je! Kena rajin je lah, sebab kena sabar masa bakar dia tu. Lagi pula kalau ada 1 acuan je.
Bahan pun pakai apa yang ada kat rumah je
Kandungan
Bahan-bahan kuih cara manis
3 cawan tepung gandun
3 cawan santan
2 biji telur
3-4 daun pandan ( blend dengan santan dan perah ambil air sahaja)
sedikit garam
pewarna hijau atau kuning
Untuk bahan ini dalam
Guna gula sahaja
Cara buat
Semua bahan ni, masukkan dalam blender dan blend kan dia. Cara ni lagi cepat dan mudah.
Then panaskan acuan kuih cara, sapukan sedikit minyak supaya tak melekat.

Masukkan adunan ke dalam acuan dan letakkan gula secukup rasa. Sis Dila letak hujung sudu je.
Tutup acuan dengan penutup periuk supaya dia masak sekata.
Bila nampak dan naik dan tak nampak tepung di permukaan tu, tandanya dah masak lah tu.
Cucuk dengan garfu, dan angkat.
Make sure guna api yang perlahan ye… supaya tak hangit di bawah dia.
Cara hidang biasanya ditindih dua seperti yang jual kat kedai tu.
Tak kisahlah nak hidang macam mana pun, yang pasti… ia sedap dan lembut sampai ke malam.
Yang paling seronok, bila husband dan anak-anak makan dengan exited sangat. Sedap!
Cara buat roti jala yangsedap dan lembut sampai ke petang boleh tengok kat sini