Blog resepi masakan oleh Sis Dila

Resepi Lontong Dan Kuah Lodeh Paling Sedap

2,288

Sejak kecil lagi Sis Dila dibesarkan dengan keenakan makanan Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Setiap hari merasai masakan air tangan bonda tersayang. Memang tak pernah kenal sangat makanan negeri lain macam lontong atau kuah lodeh ni.

Musim raya pula, hidangan utama kami sekeluarga biasanya nasi dagang, nasi himpit bersama kuah kacang, sate, lemang dan juga ketupat bersama manisan gula melaka.

Sis Dila dulu jenis yang tak makan sayur sangat, so benda-benda kaya dengan sayur memang tak pandang sangatlah.

Tapi bila dah berkahwin dengan orang Negeri Sembilan, baru lah kenal sejenis masakan yang di dalam dia penuh dengan sayur.

Memula memang rasa pelik. Biasa makan sayur lemak putih je. Kali ini, sayur lemak kuning pula. Itulah persepsi pertama Sis Dila bila mula berjinak dengan lontong atau kuah lodeh ini.

Tapi bila hampir setiap tahun ada hidangan ni, dan tengok husband pun memang suka. Malah kami satu family kena kerah makan sayur berjemaah, dia jadi tersuka pula ke lontong atau kuah lodeh ni.

Sedap rupanya bila dimakan bersama nasi himpit dan kuah kacang.

Dan sekarang, menu ni dah jadi menu kegemaran family. Tak raya pun, kalau rasa nak makan, husband request sahaja.

Dan kenalah Sis Dila sedapa upaya olah segala resepi yang sedia ada supaya kena dengan tekak dan boleh makan dengan berselera.

Maka terhasillah resepi dari gabungan bermacam negeri ni.

Macam kata cheff idola Sis Dila, masak kuah lodeh ni perlukan kreativiti. Nak masuk apa-apa sayur pun boleh. Petai jering, semua boleh.

Tapi Sis Dila lebih suka pakai sayuran yang berwarna supaya nampak cantik dan menyelerakan.

Resepi ni Sis Dila buat untuk 8-10 orang dewasa makan. Boleh bawa ke ofis dan untuk family adik sama.

Resepi Lontong Dan Kuah Lodeh

Bahan-bahan

Bahan kisar :
3 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar udang kering- basuh dan toskan
1 inci kunyit hidup

Bahan Sayur :
2 biji terung kecil
1/2 Kubis
7 batang kacang panjang – potong 1 inci
3 biji cili merah- potong nipis-nipis
2 batang serai- ketuk-ketuk sahaja
1 batang carrot
1/2 bunga kubis
2 keping fucuk- potong 4 segi
1 ikat suhun

Bahan lauk sampingan :
(Optional, tapi kalau tambah jadi sangat sedap)
15-20 ekor udang
3 keping fish cake – potong
10-15 biji fishball – belah dua

Bahan lain :
Nasi himpit
Sambal hitam Pahang – boleh ganti dengan sambal ikan bilis atau kuah kacang
Telur rebus ( tak letak)
3 keping Tauhu – goreng dan potong dadu
Tempe – tak letak
Santan Kara 500g
4-5 gelas air
garam
Serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara

Panaskan periuk dan tumiskan bahan kisar bersama serai tanpa guna minyak, biarkan sampai kuning dan naik bau.

Masukkan semua bahan sayur kecuali cili merah. Kacau rata dan biar seketika.

Tambahkan air dan biarkan mendidih.

Kemudian barulah masukkan semua bahan sampingan kecuali tauhu.

Masukkan sekotak santan. Jika pekat, boleh tambah air. Masak sehingga mendidih.

Kalau nampak tak berapa nak kuning, boleh tambah serbuk kunyit lagi. Kacau sehingga serbuk kunyit tadi sebati dalam kuah tadi.

Bila dah mendidih, last sekali barulah masukkan tauhu dan cili merah yang dipotong nipis. Then tambah garam dan bahan perisa secukup rasa.

Siap. Nah..dah boleh hidang dengan nasi himpit.

Kali ni kami satu family makan lontong atau kuah lodeh ni bersama dengan sambal hitam.

Rasa pedas masam sambal dan kekenyalan dari ikan bilis tu menambahkan lagi kesedapan.

Pertama kali try ini. Tak sangka pula rasanya sangat terangkat. Nampaknya, lepas ni boleh repeat lagi macam ni.

Cubalah, In shaa Allah confirm kena repeat lagi 😉

Oh ye, untuk ibu-ibu yang setiap hari sediakan bekal untuk anak-anak, boleh try buat wrap daging burger ni. Cepat dah mudah, anak-anak pasti suka.

Leave A Reply

Your email address will not be published.