Blog resepi masakan oleh Sis Dila

Resepi Nasi Kerabu Asli Kelantan

1,006

Masa tulis entry ini, sebenarnya Sis Dila dalam keadaan tak berapa nak ok sangat. Sakit gigi..huhu. Sakit dia sampai tak boleh bawa bincang. Nyut-nyut je kepala.

Lepas ke klinik gigi, doktor bagi ubat tahan sakit dan 2 jenis antibiotik.

Punyalah sakit gigi..tudung pun tak lipat..huhu. Ni kat Klinik Halizah, Bangi.

Barulah boleh senyum sikit. Masa dalam perjalanan balik dari klinik, husband tetiba tanya satu soalan yang sangat mendebarkan.

Kat maana ye tempat orang jual nasi kerabu, rasa macam nak makan nasi kerabu lah…

Masa tu baru pukul 11.30 pagi. Bazar Ramadhan pun tak buka lagi. Lagipun, kami tak pernah jejak kaki ke Bazar lagi sejak puasa ni. Masak ala kadar kat rumah sahaja.

Nasi kerabu ni, husband memang suka makan kalau kami balik Kelantan. Tambah lagi ada daging bakar atau ayam bakar. Fuh…memang sedap. Negeri Sembilan Vs Kelantan.

Tapi, Sis Dila tak pernah buat nasi kerabu ni. Makan je tau. Memang favourite.

Rasa tak sampai hati pula nak biarkan hajat suami macam tu sahaja. Lantas Sis Dila terus kontek master cheff kat Kelantan. Kakak-kakak dan ipar duai Sis Dila memang power bab masakan Kelantan. Sebab tu lah kami yang level adik-adik ni tak berapa nak pandai bab masak.

Sekejapan sahaja resepi dari masak nasi, perap ayam, buat sambal kelapa, sambal tumis, semua dah settle. Tinggal buat je.

Resepi memang dari cheff, so memang In shaa Allah menjadi.

Ambil masa lama juga nak buat semua ini, sebab ia agak banyak benda nak kena buat. Tapi bila dah siap, puas hati sangat. Senyum lebar tengok anak-anak dan suami makan bertambah-tambah.

Percubaan pertama sangat menjadi. yeah.. i did it!

Nasi kerabu ni yang paling penting sambal tumis dan sambal kelapa dia lah…kalau menjadi yang ni, semua benda jadi sedap.

Jom Sis Dila share kan resepi turun temurun nasi kerabu kelantan asli

Bahan-bahan utama dia adalah sambal tumis, sambal kelapa, ulam-ulaman, sambal lada, budu, keropok.

Kuah Sambal Tumis

Bahan Kisar:
8-10 tangkai cili kering
3 biji bawang merah sederhana besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/4 inci lengkuas
1 batang serai

2 kotak santan (yang 200g)
3 kotak air ( ikut ukuran kotak santan)
2 batang serai – di ketuk
3 keping asam keping
2 inci gula melaka
2 sudu kecil garam halus
Minyak masak – agak banyak digunakan

Cara-cara
Masakkan dulu santan kotak sampai jadi tahi minyak (sampai kering dan kelihatan hitam-hitam sikit. Masa ni bau dia sangat sedap)

Kemudian tambahkan minyak dalam satu senduk. Masukkan pula semua bahan kisar. Masak sampai pecah minyak. Barulah masukkan sekali serai yang di ketuk tadi.

Kemudian masukkan air sampai mendidih. Seterusnya masukkan asam keping, gula melaka dan garam.

Lagi sedap jika kuah tu dibiarkan pekat.

Sambal Ikan

Bahan-bahan
1 biji kelapa parut – goreng hingga perang.
5 ekor ikan kembung rebus, ambil isi sahaja dan tumbuk (ikan sardin pun boleh)

Bahan tumbuk
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/4 inci halia
1 inci gula melaka

2 batang serai- di hiris nipis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 bawang holland- di hiris nipis

Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, halia bersama gula melaka. Kalau nak blender kasar pun boleh.

Kemudian gaulkan dalam kelapa yang telah siap goreg tadi. Masukkan isi ikan sama. Then masukkan serai, gula dan garam serta serbuk lada hitam.

Gaul sebati dan taburkan hirisan bawang besar dan serai di atasnya.

Sambal kelapa ni, lagi sedap kalau dilebihkan manis sikit. Nak makan dengan nasi himpit pun boleh.

*kelapa tu kalau nak blend sekali putaran pun boleh. Tekstur dia akan jadi lagi halus. Nak skip pun boleh. Sis Dila tak blend pun.

Nak buat roti jala lembut sampai ke petang untuk jamuan raya, try resepi roti jala mudah ni

Cara tebar roti jala dengan cepat boleh tengok sini

Sambal Cili

Untuk sambal cili, sangat simple. Kisar je semua bahan di bawah ini ye.

10 biji cili merah
Garam
Gula
Limau nipis
Sedikit asam jawa
Jika suka, boleh masuk sedikit belacan

Ulam-ulaman

Kubis
TImun
Kacang Panjang
Daun kesum
Bunga kantan

Hiris halus-halus. Bau daun kesum dan bunga kantan ni buat jadi tak sabar nak menjamu selera.

Nasi

Untuk nasi pula, Sis Dila memang buat cara yang lain dari yang lain.

Rasanya sagat sedap dan memang menyelerakan. Bau nasi saja pun dah sedap, apa lagi makan bersama dengan segala jenis bahan nasi kerabu ni.

5 pot beras
sedikit serbuk kunyit
5 helai daun limau purut
sebatang serai di ketuk
1/2 hirisan nipis bawnag besar (holland)
Garam
Gula

Ayam Bakar

Untuk ayam bakar ni, Sis Dila just perapkan dengan sos tiram dan kicap sahaja. Kemudian bakar dalam air fryer.

Bahan lain

Keropok ikan
Budu bersama perahan asam limau ( nak masakkan pun lagi sedap)
Telur masin
Bawang jeruk

Leave A Reply

Your email address will not be published.