Resepi Spaghetti Aglio Olio
Setiap kali pergi berbelanja barang dapur, spaghetti adalah antara yang memang wajib ada dalam list.
Kadang-kadang beli siap-siap dengan sos Kimbal atau sos Prego.
Masa beli spaghetti ni di Econsave, dah terbayang keenakan dan keseronokan anak-anak bila ibu masak spaghetti aglio olio ini.
Selain dari mee goreng basah, pasta yang berasal dari Itali ini juga memang kegemaran anak-anak.
Kalau ibu masak pasta setiap minggu pun anak-anak tetap makan dengan berselera tanpa rasa jemu.
Resepi spaghetti aglio olio yang Sis Dila masak kali ini lain macam sikit. lain dari yang lain. Sebab kebiasaan orang akan masukkan seafood dalam resepi aglio.
Tapi kali ini Sis Dila ubah suai ikut selera anak-anak dan ikut apa yang ada dalam peti ais. Udang, fishball, crab stick dan salad.
Kebetulan ada 2 ketul ayam bakar lebih dari makan semalam. So just panaskan dan jadikan lauk tambahan. Dihidang bersama salad.
Simple macam ini pun, anak-anak makan sampai licin.
Aglio Olio adalah resepi klasik orang Itali yang bahan utamanya adalah bawang putih dan minyak zaitun. resepi sihat. Jadi, boleh tambah ada sahaja ikut kreativi masing-masing ye.
Resepi Spaghetti Aglio Olio
Bahan-bahan
1 peket spaghetti
1/4 cawan minyak olive
5 ulas bawang putih – hiris nipis
3-5 tangkai cili kering – potong
1/2 sudu kecil chilli flake ( nak pedas boleh letak lebih)
1/4 cawan air
Garam
Serbuk Black pepper
1 sudu kecil serbuk secukup rasa ( tak letak)
Capsicum
Salad
Bahan Lauk
10-15 ekor udang ( dibuang kulit)
6 keping cran stick
8-10 biji fishball
Boleh tambah apa sahaja ikut suka.
Cara-cara
Sebelum mula memasak, sediakan dulu semua bahan yang diperlukan untuk memasak supaya kerja memasak jadi cepat.
Rebus pasta, hiris bawang putih, potong capsicum siap-siap dan potong semua bahan lauk. Jangan lupa buang kulit udang.

Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, masukkan bawang putih dan kacau sehingga kuning, kemudian terus masukkan cili kering yang sudah di potong tadi.
Masukkan udang, crab stick dan fishball, biarkan seketika. kemudian masukkan serbuk lada hitam dan chilli flake.

Kemudian masukkan pasta yang telah direbus tadi. tambah sedikit air jika nampak terlalu kering.
Kemudian masukkan garam, serbuk perisa ( jika suka) dan kacau rata.
Boleh juga masukkan sedikit lagi minyak zaitun supaya hidangan nampak cantik dan berkilat.
Semasa menghidang, masukkan pasta ke dalam pinggan dan susun lauk pauk yang ada dalam hidangan di atas pasta supaya nampak lagi menyelerakan. Anak-anak tentu tak sabar nak makan.

Kemudian boleh tabur daun pasley sebagai hiasan. Sis Dila tak letak ni, sebab tak ada.
Jom makan…
Selamat mencuba resepi spaghetti aglio olio yang simple tapi sedap.
Tips Dapur Sis Dila
Untuk elakkan pasta melekat, selepas rebus, toskan seketika dan terus gaulkan dengan sedikit minyak zaitun.