Resepi Kuey Teow Goreng Basah Paling Sedap
Teringat pesanan dari seseorang yang selalu menasihati Sis Dila berkenaan dengan masak memasak ini.
“ Masak perlukan ketenangan dan kesabaran. Semai kasih sayang dalam setiap masakan kita. Barulah bila suami dan anak-anak makan, mereka dapat feel dan rasa kesedapan walaupun simple”
“Jangan sesekali masak dalam keadaan mengamuk atau marah-marah. Sebab ia akan menerbitkan rasa yang sama kepada orang yang makan makanan itu”
Fuh…terkejut juga bila mula-mula dengar kata-kata ini. Tapi bila diperhalusi, banyak betulnya.
Bila dah tau pasal ni, rasa bersalah pula bila nak mula masak dalam emosi yang tak baik tu kan hehe.
Ha..cukup dulu pasal ni. Nanti Sis Dila share lagi.
Hari ni Sis Dila nak share pasal resepi kuey teow goreng basah.
Ini adalah antara makanan kegemaran yang memang hampir setiap minggu anak-anak akan minta Sis Dila masak.
Seperti biasa, Sis Dila suka masak sesuatu yang sedap dan paling penting cepat siap. Biasa Sis Dila akan luangkan masa 30 minit sahaja di dapur.
Resepi Kuey teow Goreng Basah Paling Sedap
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Sebiji bawang merah saiz besar
4 ulas bawang putih
5-6 tangkai cili kering
10-15 ekor udang basah (buang kulit)
Kulit udang – blend dengan sedikit air dan tapis amik airnya.
2-3 potong isi ayam- potong kecil-kecil
2 paket kuey teow
2 ikat daun kucai – potong 1 inci
1 sudu kecil Garam
2 sudu besar Sos Tiram
2-3 sudu besar Sos Cili
2-3 sudu besar Kicap
Perasa ( jika suka)
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Setelah agak lama mendidih, masukkan ayam yang telah di potong kecil, dan biarkan isi ayam tu sebati dengan bahan tumisan tadi.
Bila agak kuah agak pekat, masukkan segala jenis sos, sos tiram, sos cili dan kicap. Tak perlu masukkan air.
Kemudian masukkan udang, fish cake atau fishball. Tapi Sis Dila tak masukkan 2 bahan ni sebab tak ada.
Masukkan kuetiow dan kacau. Masukkan semangkuk air kulit udang yang sudah ditapis.
Kulit udang akan menerbitkan rasa yang lagi sedap pada kuew teow. Jika tak ada udang, boleh gunakan air rebusan sotong. Inilah rahsia kuey teow goreng basah.
Kemudian masukkan daun kucai dan telur. Kacau sehingga sebati. Last sekali tambah garam secukup rasa. Boleh tambah perisa jika suka.
Ini adalah resepi kuey teow goreng basah yang paling sedap pernah Sis Dila buat. Anak-anak memang sangat suka.
Makan masa panas-panas, memang menyelerakan.
Cubalah buat, rasa dia lagi terangkat dari kuey teow kat warung.
Tips Dapur Sis Dila
Nak lagi sedap – Boleh perah limau nipis atau limau kasturi dan tabur bawang goreng bila nak makan.