Blog resepi masakan oleh Sis Dila

Resepi Kuah Steamboat Bihun Yang Sedap

573

Sejak ala-ala home schooling ni, seronok dan exited betul tengok gelagat anak-anak belajar. Pagi-pagi lagi semua dah ready depan laptop masing-masing.

Ready untuk belajar secara online.

Tapi nak boleh dapat situasi macam tu, ibu kena jadi raksasa dulu lah nak kejut dan kerah anak-anak. Bercinta sungguh!

Beza sungguh dengan masa kena pergi sekolah sebelum ini. Pandai pula tau takut kalau sampai lambat. Nanti kena denda.

Belajar online ni, pantang cikgu bagi masa rehat. Kerja anak-anak ulang alik masuk dapur dan buka peti ais, walaupun tak ambil apa-apa pun.

Walau baru sahaja makan, tapi nak makan lagi dan lagi. Oh anak!

Siangnya dah masak nasi cukup untuk sampai malam, tapi rupanya tak cukup. Tak sampai ke malam.

Sudahnya untuk malam Sis Dila selongkar apa yang ada dalam peti ais je lah.

Yang penting semua bahan ada kat dapur dan proses masa nak masak mesti cepat.

Sudahnya, jadilah ia resepi kuah steamboat bihun yang simple tapi sedap ni, nama masakan pun main letak sahaja, sebab resepi main campak-campak sahaja.

Apa yang ada dalam peti ais, itulah bahan dia. Senang kan…anak-anak pun jenis makan tak memilih.

Yang pasti ia sangat sedap. Sekali hadap, satu mangkuk pumpkin ni, licin.

Resepi kat bawah ini, boleh makan untuk 5 orang ye.

Jom kita tengok bahan-bahan dia ye,

Resepi Kuah Steamboat Bihun

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 ulas bawang merah sedehana besar (hiris nipis)
Capsicum (potong)
2 keping bihun (basuh dan toskan)
Garam
2 sudu kecil serbuk perasa Pasti Sedap

Bahan lauk:
10 biji fishball
2 keping fishcake
4 keping isi ketam
Semuanya dipotong

Sayur:
Brocolli
Carrot
Tomato
Kangkung

Cara-cara:

Tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai naik bau dan layu.

Masukkan semua sayur yang dah dibasuh tadi- kecuali capsicum. Capsicum masukkan last sekali ye.

Seterusnya masukkan bahan lauk seperti fishball, fishcake dan isi ketam yang telah di potong. Biarkan seketika.

Kemudian barulah masukkan air. Ikut banyak mana kuah yang nak ye. Macam Sis Dila, untuk 5 orang makan, Sis Dila masukkan 5 gelas air.

Biarkan mendidih, kemudian masukkan bihun. Bila bihun dah lembut barulah masukkan garam dan serbuk perisa dan capsicum yang dah dipotong.

Ha..dah siap untuk dihidangkan. Taburkan daun sup dan bawang goreng…pasti terangkat.

Kalau nak lagi sedap, makan bersama sambal kicap pedas. Ha..ini memang kegemaran suami dan anak-anak Sis Dila.

Resepi kuah steambot ini boleh dimakan dengan apa sahaja jenis mee, spaghetti dan kuey teow. Semuanya sedap.

Sesuai untuk makan petang atau makan malam.

Untuk ibu-ibu yang tak ada idea nak masak apa breakfast esok, boleh try wrap daging beger special ni. Sangat sedap. Anak-anak pasti rekuest nak lagi.

Selamat mencuba 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.